20 dulang kedai emas dirompak sekelip mata

20 dulang kedai emas dirompak sekelip mata
Pihak polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian. - Foto SInar Harian

Dalam masa tidak sampai tiga minit, 20 dulang emas bernilai sekitar RM900,000 sebuah kedai emas dirompak oleh sekumpulan perompak dalam kejadian di sebuah pasar raya besar di Taman Connaught, semalam.

Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari semasa orang awam sedang sibuk membeli-belah.

“Tiba-tiba, datang sekumpulan lima lelaki memakai topeng berlari menuju ke kedai emas itu. “Dua daripada mereka bersenjatakan penukul serta objek dipercayai senjata api,” kata seorang pengawal keselamatan.

Kumpulan terbabit terus memecahkan kaca pameran barang kemas dan mengambil kesemua barang kemas yang diletakkan di situ.

“Kumpulan berkenaan melarikan barang kemas itu menggunakan beg karung yang dibawa,” katanya.

Kumpulan perompak kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta dipandu seorang lagi rakan mereka, yang sudah siap sudah menunggu di tempat letak kereta pasar raya terbabit.

Kejadian kedai emas dirompak itu kemudiannya dilaporkan oleh pengawal berkenaan ke Balai Polis Taman Connaught.

Siasatan awal pihak polis mendapati suspek dipercayai warga tempatan dan berbadan gempal.