Lebih 50 orang hilang tempat tinggal kebakaran di Tawau

Lebih 50 orang hilang tempat tinggal kebakaran di Tawau

Lebih 50 orang hilang tempat tinggal selepas 12 rumah di Kampung Baru, Pasir Putih, di TAWAU musnah dalam kebakaran, semalam.

 

Dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi itu, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan apabila semua penghuni sempat menyelamatkan diri.

 

Bagaimanapun, ramai penghuni gagal menyelamatkan barangan berharga dan dokumen penting apabila api marak dengan cepat berikutan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain.

 

Anggota bomba yang tiba di lokasi beberapa minit selepas itu berjaya mengawal api daripada merebak.