Kunak dilanda gempa bumi, 3 daerah lain bergegar

Kunak dilanda gempa bumi, 3 daerah lain bergegar
Grafik BHOnline

Satu gempa bumi kecil 4.0 pada skala Richter melanda Kunak di pantai timur Sabah, kira-kira 500 kilometer dari Kota Kinabalu, jam 9.15 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan, menyatakan pusat gempa itu terletak di 4.6 darjah Utara dan 118.3 darjah Timur, iaitu 11 kilometer Selatan dari Kunak.

“Gegaran turut dirasai sehingga Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

“Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini,” menurut kenyataan itu. – BH Online