UPSR: Pengarah Lembaga Peperiksaan digantung tugas

UPSR: Pengarah Lembaga Peperiksaan digantung tugas

Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysa (LPM), Dr. Naimah Ishak digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan mengenai kebocoran kertas soalan Sains dan bahasa Inggeris UPSR 2014.

Turut digantung tugas, Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr. Wan Illiyas Wan Salleh.

Perkara tersebut diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri Pendidikan ASEAN.

“Kementerian mesti mengambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti membangkitkan persoalan integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara,” katanya.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (sektor pembangunan profesionalisme keguruan) akan menjalankan tugas dan tanggungjawab Pengarah Lembaga Peperiksaan. – UTUSAN ONLINE