Kerajaan belanja RM6.3 juta untuk Majlis Rumah Terbuka Madani di tiga negeri

Kerajaan belanja RM6.3 juta untuk Majlis Rumah Terbuka Madani di tiga negeri

KERAJAAN Perpaduan membelanjakan sebanyak RM6.3 juta untuk majlis

Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kedah menelan belanja RM3.1 juta yang bersifat kebangsaan kerana melibatkan jemaah menteri, perwakilan asing serta ketua jabatan kerajaan.

“Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kelantan dan Terengganu masing-masing RM1.5 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau mendedahkan perkara itu sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas dari PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang bertanya kos keseluruhan enam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani.

Kata Armizan lagi,  kos penganjuran di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor ditanggung kerajaan negeri masing-masing.