SK Permatang Keledang juara pertandingan robot antarabangsa di Korea Selatan | Madani News

SK Permatang Keledang juara pertandingan robot antarabangsa di Korea Selatan

SK Permatang Keledang juara pertandingan robot antarabangsa di Korea Selatan

SEMBILAN pelajar dari tiga pasukan dari Kelantan, Pahang dan Johor mewakili Malaysia di Busan untuk bersaing dalam Junior Creative Category dengan mereka ditugaskan mencipta solusi robotik yang inovatif.

Pasukan dari SK Permatang Keledang, Pahang, berjaya membawa pulang kemenangan bagi Junior Creative Category (Technic) di International Robot Olympiad ke-26 di Busan, Korea Selatan, pada 18 dan 19 Januari lepas.

Sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Permai, Kelantan mencipta sejarah apabila tiga pelajarnya daripada kumpulan itu mewakili negara

Pertandingan bertaraf antarabangsa ini menggalakkan peserta menyelesaikan masalah dunia sebenar melalui robotik, membentuk generasi pemimpin masa depan yang inovatif.

Pertandingan ini, diperkenalkan pada 1999, menjadi platform penting untuk peserta bertukar idea, mengasah kemahiran menyelesaikan masalah, dan mencipta inovasi masa depan.

Salah seorang peserta, Suzie Kidiee, 11, berkongsi minatnya terhadap robotik melalui program Petrosains Tech4All, lapor Harakahdaily

“Pada awalnya, ia agak mencabar, tetapi melalui bengkel dan Petrosains RBTX Challenge 2024, ia menjadi lebih mudah difahami.

“Saya ingin menjadi seorang guru untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk berinovasi dan mencapai impian mereka,” katanya.

Perjalanan peserta bermula dengan program Petrosains Tech4All yang memperkenalkan kaum peribumi kepada pembelajaran STEM secara praktikal.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Ezarisma Azni Mohamad, dalam kenyataannya semalam berkata, Petrosains berbesar hati melaksanakan tanggungjawab sosial mendemokrasikan pendidikan STEM.

“Kami ingin memupuk minat mendalam terhadap STEM dan membuka peluang transformasi kepada komuniti,” katanya.

Menurutnya, mereka seterusnya menyertai Petrosains RBTX Challenge 2024 di bawah sub-kategori Inovasi: Budaya Orang Asli & Teknologi.

Tambahnya, kejayaan dalam pertandingan ini melayakkan mereka menerima jemputan ke Busan.

Pada 15 Januari 2025, seramai sembilan pelajar berlepas ke Busan dari KLIA dengan sokongan keluarga dan guru.