‘Bukan bailout,’ ia pelaburan strategik – Fahmi pertahan suntikan RM1.1 bilion kerajaan dalam Sapura

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil tampil mempertahankan keputusan kerajaan melabur sebanyak RM1.1 bilion dalam syarikat yang menghadapi masalah kewangan, Sapura Energy Bhd dengan menolak dakwaan bahawa langkah isu merupakan satu bentuk penyelamatan (bail out) oleh kerajaan
Fahmi menegaskan bahawa pelaburan berkenaan merupakan satu “pelaburan strategik” yang berbeza daripada bentuk penyelamatan yang pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu, khususnya ketika era bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
“Ia bukan satu bail out seperti yang berlaku pada zaman (Mahathir) dahulu. Itu memang bail out sebenar, tetapi ini bukan,” kata Fahmi dalam sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini.
“Ini Madani, bukan Mahathir,” katanya.
“PNB akan keluarkan satu kenyataan hari ini (untuk jelaskan isu berkenaan),” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Tegasnya, kerajaan akan meneliti sebaiknya setiap pelaburan dan mengamalkan prinsip tiada ‘duit percuma’.
“Kita nak Sapura Energy pada kedudukan lebih mampan.
“Amat penting dari segi strategi untuk Sapura mainkan peranan dalam bidang ‘oil and gas’, tanpanya apakah kita sedia gunakan perkhidmatan vendor asing? Jadi di sini perkiraan termasuk hal seperti itu dipertimbangkan,” katanya.
Dalam pemfailan di Bursa semalam, Sapura Energy mengumumkan ia telah menerima RM1.1 bilion sebagai pelaburan daripada Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH).
Pelaburan itu akan digunakan secara eksklusif untuk membayar hutang syarikat minyak dan gas itu kepada 2,000 vendornya.
SEB dalam kenyataan berkata pelaburan tersebut menandakan satu lagi peristiwa penting dalam usaha penyusunan semula kewangan, serta mengukuhkan komitmennya kepada kemampanan jangka panjang.
MADANINEWS
KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews