BN gagal capai matlamat majoriti 18,000 - Isyarat jelas rakyat tolak kerajaan! - Pemuda PAS | Madani News

BN gagal capai matlamat majoriti 18,000 – Isyarat jelas rakyat tolak kerajaan! – Pemuda PAS

BN gagal capai matlamat majoriti 18,000 – Isyarat jelas rakyat tolak kerajaan! – Pemuda PAS

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) di DUN Ayer Kuning bukan bukti kekuatan sebenar, sebaliknya satu amaran keras bahawa rakyat semakin muak dengan prestasi kerajaan negeri dan kerajaan pusat!

Mohamed Sukri Omar

Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia, Mohamed Sukri Omar berkata, realiti sebenar di Ayer Kuning membuktikan janji Menteri Besar Perak kononnya akan berlaku ‘gelombang besar’ sokongan terhadap BN hanyalah angan-angan kosong.

“Majoriti 18,000 undi? Jauh sekali. PN kekal kukuh dengan undi teras 5,000 hingga 6,000. Ini bukti jelas rakyat masih berdiri teguh bersama kami walaupun diasak hebat dengan jentera kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, PRK ini juga membuktikan ‘transfer vote’ daripada penyokong Pakatan Harapan (PH) kepada BN tidak berlaku, malah rakyat menghantar mesej jelas – mereka muak dengan prestasi kerajaan yang gagal menyantuni keperluan rakyat.

Kemerosotan ketara kadar keluar mengundi, khususnya dalam kalangan pengundi Cina, menurut beliau, menunjukkan sokongan terhadap kerjasama PH-BN semakin longlai.

“Jangan lupa, Ayer Kuning memang kubu kuat BN. Tetapi bila majoriti pun semakin kecil, itu tanda rakyat sudah mula beralih arah. Ini bukan kemenangan sebenar, ini amaran awal sebelum gelombang perubahan besar berlaku!” tegas beliau lagi.

Sehubungan itu, Pemuda PAS menyeru seluruh jentera Perikatan Nasional (PN) agar memperhebatkan peranan semak dan imbang di Dewan Undangan Negeri Perak, bagi memastikan suara rakyat tidak ditenggelamkan oleh dominasi kerajaan.

“PAS dan PN tetap istiqamah. Kita akan terus membela rakyat dan memacu perubahan sebenar dalam pilihan raya akan datang!” katanya.

MADANINEWS
KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN

Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews