FELDA serah Pelan Strategik 2025-2030, perkukuh peranan pemangkin ekonomi luar bandar | Madani News

FELDA serah Pelan Strategik 2025-2030, perkukuh peranan pemangkin ekonomi luar bandar

FELDA serah Pelan Strategik 2025-2030, perkukuh peranan pemangkin ekonomi luar bandar

PENGURUSAN Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memaklumkan bahawa Pelan Strategik Dan Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025-2030 telah diserahkan sebagaimana disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelan itu menggariskan strategi utama dan pelan tindakan Kumpulan FELDA, bertujuan memperkukuh kedudukan organisasi sebagai pemangkin ekonomi negara khususnya luar bandar, menurut organisasi itu dalam satu kenyataan akhbar.

“Pengurusan Kumpulan FELDA komited memastikan Pelan Strategik Dan Hala Tuju ini dilaksanakan dengan penuh dedikasi demi membentuk ekosistem yang terampil untuk semua pemegang taruhnya.

“Tanggungjawab ini memerlukan usaha berterusan dan sokongan padu daripada semua pihak bagi memastikan kesejahteraan dan kemajuan Kumpulan FELDA terus diperkukuh,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Pelan Strategik Dan Hala Tuju Kumpulan FELDA ini telah dirangka secara terperinci menerusi enam sesi libat urus bersama pelbagai pemegang taruh dan peelan ini memberi tumpuan kepada inisiatif-inisiatif strategik dalam pelbagai bidang.

Dengan penyerahan pelan ini, Pengurusan Kumpulan FELDA menzahirkan komitmen dan kesungguhan dalam melaksanakan setiap strategi yang digariskan demi menjayakan aspirasi masa depan FELDA yang lebih berdaya saing. – MADANI NEWS