Selepas 28 tahun, Tun Mahathir sendiri buka kapsul masa Wawasan 2020 | Madani News

Selepas 28 tahun, Tun Mahathir sendiri buka kapsul masa Wawasan 2020

Selepas 28 tahun, Tun Mahathir sendiri buka kapsul masa Wawasan 2020
Dr. SITI Hasmah Ismail turut hadir menemani Dr. Mahathir Mohamad dalam majlis membuka kapsul di Menara KL , hari ini. - Gambar fail

SELEPAS hampir 30 tahun melakukan majlis penyimpanannya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melakukan upacara bersejarah apabila membuka kapsul masa Wawasan 2020 pada program yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur.

DR. MAHATHIR Mohamad pada majlis penanaman kapsul masa Wawasan 2020 pada 1 Oktober 1996. – Gambar Internet

Kapsul masa yang disimpan sejak 1 Oktober 1996 itu kini berusia kira-kira 28 tahun yang menyimpan pelbagai barangan terpilih.

Pada majlis hari ini, Dr Mahathir tampil membuka kapsul dan mengeluarkan barang-barang yang terdapat di dalamnya termasuklah gambar-gambar pembinaan Menara Kuala Lumpur, wang kertas RM2, poster Menara Kuala Lumpur, filem gambar, keratan iklan Menara Kuala Lumpur, cakera padat video (VCD) dan beberapa barang lain lagi.

Hadir sama Tun Dr Hasmah Mohd Ali, bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengarah Urusan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd dan beberapa bekas menteri kabinet.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Dr Mahathir yang sebak pada majlis itu berkata beliau beliau tidak menyangka akan membuka kapsul masa yang dia sendiri tanam di Menara Kuala Lumpur hampir 30 tahun lalu.

Difahamkan, kapsul masa berkenaan ditanam pada 1 Oktober 1996 bersempena perasmian Menara Kuala Lumpur dan sepatutnya dibuka pada tahun 2020.

Namun, atas beberapa faktor faktor termasuk pandemik Covid-19, pembukaan kapsul tersebut terpaksa ditangguhkan. – MADANI NEWS