Berita gembira untuk guru, boleh mohon tukar sekolah selepas 2 tahun berkhidmat

WARGA pendidik menerima khabar gembira sempena sambutan Hari Guru Ke-54 yang diraikan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching, hari ini.
Berita gembira merangkumi enam inisiatif itu diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam ucapan aluannya sempena sambutan itu.
Enam inisiatif itu ialah pertama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan pertukaran guru selepas seseorang guru itu berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat.
Inisiatif kedua, seramai 1,470 orang personel MyPg, iaitu pembantu guru bagi tahun 2025 yang mana sekolah yang terpilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan akan menerima dua pembantu guru.
Ketiga, seramai 32 guru dalam kalangan penerima Anugerah IKON, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Khas Pendidikan dan Anugerah Guru Berwibawa sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan bakal melalui pengalaman di sekolah antarabangsa di United Kingdom secara percuma di bawah Program Global Immersion For Future-Ready Teachers (GIFT)
Keempat, KPM akan menghantar guru dan pegawai terpilih untuk mengikuti Program Kursus Jangka Pendek di luar negara untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam beberapa bidang terpilih.
Kelima, diskaun 20 peratus bagi pembelian tiket kapal terbang kepada guru ke seluruh destinasi melalui portal MH GoM.
Keenam, diskaun buku antara 20 peratus hingga 30 peratus bagi pembelian secara dalam talian menggunakan ID DELIMa KPM.
MADANI NEWS
KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews