Rafizi alu-alukan saingan pemilihan Timb Presiden PKR, akui awalnya ingin letak jawatan kabinet | Madani News

Rafizi alu-alukan saingan pemilihan Timb Presiden PKR, akui awalnya ingin letak jawatan kabinet

Rafizi alu-alukan saingan pemilihan Timb Presiden PKR, akui awalnya ingin letak jawatan kabinet

TIMBALAN Presiden PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan pencalonan Saifuddin Nasution Ismail dan Nurul Izzah Anwar untuk mencabar jawatannya dalam pemilihan parti Mei ini, sambil menegaskan pertandingan terbuka adalah sebahagian daripada tradisi demokratik PKR.

Menurut Rafizi, walaupun beliau pada awalnya bercadang untuk menarik diri daripada Kabinet selepas Pilihan Raya Negeri lalu demi menumpukan kerja-kerja pengukuhan parti, hasrat itu ditangguhkan atas permintaan pimpinan parti termasuk Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya mengalu-alukan pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan kali ini dan akan turut serta calon-calon lain menggunakan pentas pemilihan kali ini untuk memperkuatkan parti.

“Ia keputusan yang menang-menang bagi saya.

“Apa pun pilihan yang diambil perwakilan parti, ia membuka ruang kepada saya menawarkan sumbangan menguatkan parti menghadapi PRU16,” kata Menteri Ekonomi itu dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh Rafizi Ramli

https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/posts/pfbid02TKzANB6k3Qvh2KqBqJ5MJYmTzscsTcxZQFL6fKJ38jNcWoqgMUdSJL9hfxuGZ73ml