artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Sabah perlu tuntut PH tunaikan janji royalti minyak 20% – Bekas KM | Madani News

Sabah perlu tuntut PH tunaikan janji royalti minyak 20% – Bekas KM

Sabah perlu tuntut PH tunaikan janji royalti minyak 20% – Bekas KM

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menegaskan bahawa tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri itu masih relevan dan wajar ditunaikan, khususnya oleh Pakatan Harapan (PH) yang pernah menjanjikannya dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Menurut Salleh, penyertaan Sabah dalam aktiviti hiliran minyak dan gas seperti penapisan serta pemprosesan petrokimia merupakan langkah baik ke arah pemerkasaan ekonomi negeri. Namun, katanya, ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk menggugurkan tuntutan asal terhadap royalti petroleum.

“Royalti merujuk kepada hasil langsung daripada pengeluaran sumber – ia adalah soal hak, bukan sekadar kerjasama ekonomi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Ketika ini, Sabah hanya menerima royalti 5% berdasarkan perjanjian 1976 dengan Petronas. Namun, Salleh menyifatkan jumlah itu tidak lagi mencukupi memandangkan Sabah adalah antara penyumbang utama kepada hasil minyak dan gas negara.

PH sebelum ini menjanjikan pembayaran royalti minyak 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak termasuk Sabah dalam manifesto PRU14, tetapi janji itu masih belum ditunaikan walaupun gabungan itu pernah menjadi kerajaan persekutuan.

Salleh berkata perjuangan menuntut royalti minyak lebih tinggi dalam mendapatkan bahagian lebih adil daripada sumber sendiri pernah menyatukan rakyat Sabah, dan ia masih ‘relevan dan wajar’ hingga hari ini.

Salleh turut menyentuh usaha mendapatkan semula 40% hasil bersih yang dikutip kerajaan persekutuan dari Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), namun menegaskan bahawa tuntutan royalti 20% adalah lebih jelas dan mudah difahami rakyat.

“Ia tidak memerlukan tafsiran rumit. Yang perlu hanyalah kesepakatan dan kemahuan politik antara kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya.

Dengan kenyataan itu, Salleh memberi isyarat jelas bahawa Sabah berhak menuntut semula janji yang pernah dibuat PH, dan tuntutan royalti 20% harus kekal sebagai agenda utama dalam memperjuangkan hak ekonomi negeri.

MADANI NEWS
KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews