Sembilan anggota FRU maut kemalangan, Anwar minta siasatan menyeluruh | Madani News

Sembilan anggota FRU maut kemalangan, Anwar minta siasatan menyeluruh

Sembilan anggota FRU maut kemalangan, Anwar minta siasatan menyeluruh
Gambar Bernama

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kemalangan jalan raya membabitkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak pagi tadi.

Menerusi hantaran di X hari ini, beliau juga menyeru supaya bantuan sewajarnya disalurkan kepada mangsa dan ahli keluarga yang terlibat.

Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga semua anggota FRU yang terkorban dalam nahas tersebut.

“Saya turut mendoakan agar kesemua yang cedera dalam insiden ini diberikan kesembuhan sesegera mungkin selain dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan pagi tadi.

MADANI NEWS
KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews