Walaupun tiada tol diturunkan, kerajaan tangguh kenaikan 10 tol - Anwar | Madani News

Walaupun tiada tol diturunkan, kerajaan tangguh kenaikan 10 tol – Anwar

Walaupun tiada tol diturunkan, kerajaan tangguh kenaikan 10 tol – Anwar
Gambar hiasan: FB PLUS

KERAJAAN bersetuju menangguh kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata antara lebuh raya yang terlibat adalah Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

“Susulan itu, kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta,” kata beliau ketika mengumumkan Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran media utama, hari ini.

Anwar berkata pada tahun ini, sebanyak 10 lebuh raya dijadual untuk kenaikan kadar tol.
— BERNAMA