"Diam, jika teruskan, AIDS" - Rafizi dedah keluarga diancam akan dijangkiti AIDS | Madani News

“Diam, jika teruskan, AIDS” – Rafizi dedah keluarga diancam akan dijangkiti AIDS

“Diam, jika teruskan, AIDS” – Rafizi dedah keluarga diancam akan dijangkiti AIDS
Gambar fail

BEKAS Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan keluarganya diancam akan disuntik dengan virus AIDS jika terus lantang bersuara dalam perjuangan isu-isu tertentu

Mesej ugutan itu dihantar kepada isterinya selepas anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun diserang dengan cucukan jarum suntikan semalam.

“Mesej itu berbunyi ‘diam, jika teruskan, AIDS’,” kata Rafizi yang juga bekas timbalan presiden PKR.

Salah satu mesej mengugut anak mereka dengan jangkitan AIDS.

“Mesej itu turut disertakan emoji jarum suntikan,” kata anggota parlimen Pandan dalam sidang media di parlimen hari ini.

Semalam Rafizi mendedahkan anaknya ditarik dan dicucuk dengan jarum suntikan oleh orang yang tidak dikenali semasa sedang memasuki kereta di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Menegaskan tidak akan tunduk dengan ancaman itu, beliau percaya bahawa serangan itu merupakan amaran kepadanya supaya tidak lantang bersuara dalam isu tertentu. – MADANI NEWS