PM umum 5 inisiatif baharu untuk penjawat awam, tingkat kesejahteraan dan kecekapan

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengumumkan lima inisiatif baharu yang melibatkan penambahbaikan skim perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pemberian insentif akademik kepada penjawat awam, pemerkasaan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), pelanjutan program APEL.Q dan pemansuhan syarat cuti haji.
Inisiatif-inisiatif itu diperkenalkan bagi meningkatkan kesejahteraan anggota perkhidmatan awam serta memperkukuh kecekapan perkhidmatan negara, kata Perdana Menteri.
Lima inisiatif yang diumumkan ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam kali ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya adalah seperti berikut:
Penambahbaikan Skim Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Kelayakan masuk skim Askar-Lasykar Angkatan Tetap ATM (Gred Z1 – Tugas Khusus) diperluas kepada tujuh kelayakan pelbagai seperti Kor Perubatan, Kor Agama dan Kor Kejuruteraan.
- Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) kini meliputi Sarjan (Gred Z4) dan Staf Sarjan (Gred Z5).
Tempoh perkhidmatan untuk kelayakan BIPs dipendekkan daripada enam tahun kepada empat tahun, memberi manfaat kepada 3,789 anggota dengan implikasi RM6.47 juta setahun mulai 1 Januari 2026.
Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) untuk Pegawai Awam
- Insentif kewangan sekali sepanjang perkhidmatan bagi pegawai yang menamatkan pengajian menggunakan perbelanjaan sendiri.
- Kadar: RM1,250 (PhD), RM1,000 (Sarjana), RM750 (Ijazah Sarjana Muda), RM500 (Diploma/setaraf).
- Melibatkan bajet RM75.7 juta untuk manfaat 91,672 pegawai awam merentasi semua skim perkhidmatan.
Peruntukan RM3 Juta Memperkasa INTAN
- RM1 juta untuk peningkatan kapasiti pegawai awam dalam bidang baharu seperti AI, blockchain dan PQC.
- RM1 juta untuk menjadikan INTAN pusat rujukan tadbir urus, modal insan, penyampaian perkhidmatan dan kerjasama awam-swasta.
- RM1 juta untuk penerbitan INTAN Country Report setaraf laporan OECD dan World Bank.
Program APEL.Q Diteruskan untuk Tahun 2026
- Bantuan yuran pengajian sehingga 50 peratus atau maksimum RM15,000.
- Peruntukan RM1.5 juta bagi membolehkan penjawat awam melanjutkan pengajian melalui pengiktirafan pembelajaran terdahulu.
Pemansuhan Syarat Pengesahan Perkhidmatan untuk Cuti Haji
- Penjawat awam tetap kini boleh memohon cuti haji tanpa perlu memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan.
- Langkah ini diambil kerana giliran untuk menunaikan haji mengambil masa yang panjang.
MADANI NEWS
KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews