Tang Jie-Ee Wei muncul juara, Pearly-Thinaah tetap hebat sebagai naib juara | Madani News

Tang Jie-Ee Wei muncul juara, Pearly-Thinaah tetap hebat sebagai naib juara

Tang Jie-Ee Wei muncul juara, Pearly-Thinaah tetap hebat sebagai naib juara
Gambar fail

Gambar fail

BEREGU campuran utama Malaysia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei mempamerkan permainan mantap untuk meraih gelaran juara dunia di pentas final BWF World Championships.

Tang Jie-Ee Wei muncul juara dengan menewaskan beregu nombor dua dunia, Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China.

Selepas mencipta sejarah selaku beregu campuran negara pertama mara ke final, beregu nombor empat dunia itu berpeluang melakar sejarah selaku juara dunia dalam acara sama.

Meskipun begitu, Zhen Bang-Ya Xin menjadi penghalang antara Tang Jie-Ee Wei dan gelaran juara dunia. Ini ditambah rekod baik beregu China itu ke atas beregu negara.

Zhen Bang-Ya Xin menewaskan Tang Jie-Ee Wei tiga kali dalam tiga aksi terakhir mereka. Ini termasuk aksi separuh akhir Japan Open di mana beregu negara tewas dengan keputusan 21-12, 21-16.

Set pertama menyaksikan Tang Jie-Ee Wei mempamerkan permainan mantap dengan mendahului pada kedudukan 13-8. Kelebihan itu terus dipertahankan sebelum menang dengan keputusan 21-15.

Set kedua menyaksikan Zhen Bang-Ya Xin cuba bangkit untuk memberi tentangan sengit. Kesilapan demi kesilapan mereka membenarkan Tang Jie-Ee Wei mendahului pada kedudukan 11-7.

Sementara itu, Pasangan beregu wanita Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah tampil memukau dengan muncul naib juara BWF World Championships meskipun tewas kepada wakil China, Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Kehadiran Pearly Tan-M. Thinaah di pentas akhir BWF World Championships pastinya bagi melakar sejarah baharu dalam misi bergelar beregu wanita pertama Malaysia bergelar juara dunia.

Impian besar pasangan negara tersebut bagaimanapun tidak kesampaian setelah terpaksa akur dengan kekuatan beregu wanita nombor satu dunia iaitu Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China.

Pertarungan cukup hebat yang memakan masa 83 minit itu menyaksikan Pearly-Thinaah tumpas di tangan Sheng Shu-Tan Ning dengan skor 14-21, 22-20, 17-21 dan bergelar naib juara.

Walaupun cuma memberikan tentangan sengit di awal aksi, namun Sheng Shu-Tan Ning tampak lebih unggul mengutip mata hasil serangan yang tidak berjaya dibalas oleh Pearly-Thinaah.

Aksi du set kedua turut berlangsung sengit dengan Pearly-Thinaah berjaya mengejar dan mendahului 16-14 sebelum menang 22-20 sekaligus berjaya mengheret permainan ke set ketiga.

Hasrat Pearly-Thinaah untuk bergelar pemenang terkubur setelah kalah di set penentuan 21-17 di tangan Sheng Shu-Tan Ning dan membawa pulang gelaran naib juara kejohanan dunia 2025. – MADANI NEWS