DUN Sabah dibubar hari ini, membuka laluan kepada PRN ke-17

KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, membuka laluan untuk pilihan raya negeri ke-17.
Pengumuman dibuat semasa majlis bersama wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Menara Kinabalu, pusat pentadbiran kerajaan negeri, sebentar tadi.
“Mandat Baharu Demi Kestabilan Sabah”
Dalam ucapan penuh emosi yang disambut tepukan gemuruh para ADUN kerajaan, Hajiji menegaskan bahawa keputusan membubarkan DUN bukan dibuat secara tergesa-gesa, tetapi demi mengembalikan mandat kepada rakyat bagi memastikan kerajaan negeri yang lebih stabil dan bersepakat menjelang penggal baharu. – MADANI NEWS