Malaysia benam Laos 3-0 walaupun tanpa 7 pemain warisan | Madani News

Malaysia benam Laos 3-0 walaupun tanpa 7 pemain warisan

Malaysia benam Laos 3-0 walaupun tanpa 7 pemain warisan

MALAYSIA dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan ke atas Laos dalam aksi terbaru kelayakan Piala Asia 2027 yang diadakan di Laos, malam ini.

Pasukan Harimau Malaya yang dilanda kontroversi selepas FIFA mengantung tujuh pemain warisan Malaysia yang dikatakan melakukan penipuan dokumen bermain dengan para pemain yang biasa mewakili pasukan negara.

Skuad Harimau Malaya terikat tanpa jaringan dengan pasukan ranking 185 dunia, Laos selepas tamat babak pertama aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Vientiane, sebentar tadi.

Peluang terbaik diperoleh anak buat Peter Cklamovski pada minit ke-11, namun percubaan Arif Aiman Hanapi di dalam kotak penalti tersasar di sebelah kiri pintu gol Laos.

Harimau Malaya yang lebih menguasai permainan dan banyak melakukan asakan ke kubu Laos turut memperoleh peluang terutama menerusi percubaan Romel Morales di depan pintu gol yang tertampan pertahanan lawan.

Skuad negara terus buntu untuk mendapatkan jaringan pembukaan apabila beberapa peluang dan percubaan yang dilakukan selepas itu juga gagal menembusi gawang gol Laos yang dikawal Kop Lokphathip.

Gol yang dicari pelawat akhirnya hadir pada minit ke-54 menerusi Arif Aiman. Calon Pemain Terbaik AFC 2025 itu melepaskan rembatan yang menerjah jaring Laos selepas berjaya mengelirukan pemain-pemain pertahanan lawan.

Selepas 15 minit, giliran kapten Harimau Malaya, Dion Cools mencetak nama sebagai penjaring kedua malam ini dengan melakukan sepakan mudah selepas mendapat bola lantunan yang ditepis selepas disepak Morales.

Dan akhirnya pemain gantian, Faisal Halim meletakkan noktah kepada permainan malam ini dengan jaringan gol di minit kecederaan. – MADANI NEWS