Deneme bonusuDeneme bonusu veren siteler
Menyusuri pasar pagi terpanjang, menikmati keindahan ekopelancongan di Selama | Madani News
Deneme bonusuDeneme bonusu veren siteler

Menyusuri pasar pagi terpanjang, menikmati keindahan ekopelancongan di Selama

Menyusuri pasar pagi terpanjang, menikmati keindahan ekopelancongan di Selama

KEHENINGAN pagi dan suasana tenang di Sungai Bayor, Selama, Perak, bertukar meriah setiap pagi Jumaat dengan kesibukan pasar pagi Sungai Bayor.

Pasar tersebut yang beroperasi sejak tahun 60-an, istimewa berbanding pasar pagi lain di Malaysia. Ia diiktiraf pasar pagi terpanjang di negara ini. Jaraknya 2.3 km satu hala atau 4.6 km pergi balik.

Pengiktirafan ini dicatat dalam ‘Malaysia Book of Records’ (MBR), dianugerah pada 5 September 2025. Dengan anugerah itu, pasar pagi tersebut secara rasmi mengambil alih ‘mahkota’ pasar pagi terpanjang yang dipegang oleh pasar pagi Temerloh, Pahang, dengan jarak 2.1 km.

Pasar pagi Sungai Bayor, Selama, Perak diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai pasar pagi terpanjang di negara ini dengan jarak 2.3 km satu hala.

Pencapaian ini sangat membanggakan penduduk Selama yang sejak sekian lama menunggu pasar pagi Sungai Bayor diisytihar sebagai terpanjang. Kini impian mereka jadi kenyataan.

Sejak enam tahun lalu Majlis Daerah Selama (MDS) berusaha berungguh-sungguh tanpa jemu untuk mencapai matlamat tersebut. Usaha ini mendapat sokongan kuat Persatuan Penjaja Selama, jabatan-jabatan di peringkat daerah, negeri dan pusat.

Pengiktirafan ini juga meletakkan Selama dan Perak dalam peta pelancongan Malaysia. Ia dianggap tepat pada masa sempena kedatangan ‘Tahun Melawat Malaysia’ 2026. Pasar pagi Sungai Bayor adalah destinasi yang perlu dilawati.

Untuk makluman, Selama ialah daerah kecil dalam Daerah Larut Matang dan Selama, di bahagian utara Perak. Pekan kecil ini memiliki keindahan alam semula yang segar menghijau serta pelbagai flora dan fauna.

Pasar pagi Sungai Bayor juga dikenali sebagai pasar pagi Jumaat kerana ia hanya beroperasi setiap hari Jumaat dari pagi hingga tenghari.Bukan sahaja penduduk setempat bertumpu ke sini tetapi juga dari tempat lain.

Pemandangan jalan utama pekan kecil Selama, Perak.

Malah penjaja dan peniaga di pasar pagi ini, yang berjumlah dalam 500 orang, tidak hanya penjaja tempatan tetapi ramai dari negeri jiran seperti Kedah dan Pulau Pinang.

Secara tidak langsung pasar pagi tersebut menjadi medan pertemuan peniaga dan masyarakat rentas negeri. Ia jadi pusat kegiatan ekonomi yang rancak terutama di kalangan penjaja dan peniaga kecil.

Kesibukan mula dirasai sejak awal pagi. Riuh rendah peniaga dan orang ramai memecah kesunyian pagi apabila mereka mula bertumpu untuk mencari barang keperluan atau memulakan dagangan.

Banyak barang keperluan disediakan untuk pengguna. Antaranya pakaian, makan dan minuman, kuih muih, keperluan masak memasak, barang dapur, sayur-sayuran-sayuran, buah-buahan, permainan kanak-kanak semua ada.

Di sepanjang 2.3 km di kiri kanan jalan pasar terdapat pelbagai macam barang jualan untuk ditinjau, dibeli dan dibawa balik. Kerana terlalu banyak mungkin gelap mata juga hendak memilih yang berkenan di hati.

Untuk menambah seri pasar pagi dan menarik lebih ramai pengunjung, MDS bercadang mengadakan acara kebudayaan seperti pertunjukan fesyen samaada secara bulanan atau suku tahunan.

Untuk melihat sendiri barangan yang dijual dan menghayati keseronokan pasar pagi Sungai Bayor datanglah berkunjung. Jika mampu mengelilingi pasar sejauh 4.6 memang hebat. Jika tidak sekadar separuh jalan pun cukup. Lain kali boleh sambung.

Sejuk menyegarkan air terjun Lata Puteh di Selama, Perak tempat santai bermandi manda.

Tempat parkir dan tandas disediakan untuk pengunjung. Datang awal untuk gelak kesesakan dan panahan cahaya matahari. Lagi awal, lagi boleh memilih banyak barang mendahului orang lain.

Jika sudah sampai ke Selama, usah hanya sekadar mengunjungi pasar pagi terpanjang. Lawati juga pelbagai tarikan eko-pelancongan untuk bersantai sambil menikmati keindahan alam.

Ini termasuk landskap yang subur menghijau, air terjun yang jernih dan sejuk serta peninggalan sejarah. Memang sangat sesuai utuk bersantai di hujung minggu atau hari cuti, melarikan diri daripada kesibukan kota dan hutan batu menuju keindahan semula jadi.

Datanglah bersama keluarga atau rakan menyusuri dan menghayati kesibukan pasar pagi terpanjang di Malaysia, di samping menikmati nyamannya suasana eko-pelancongan di pekan Selama. – MADANI NEWS