artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
UEC tidak harus dibangkitkan - ia langgar Akta 550, Dasar Pendidikan Nasional, kata Mahdzir | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

UEC tidak harus dibangkitkan – ia langgar Akta 550, Dasar Pendidikan Nasional, kata Mahdzir

UEC tidak harus dibangkitkan – ia langgar Akta 550, Dasar Pendidikan Nasional, kata Mahdzir

CADANGAN untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu diteliti secara menyeluruh kerana ia didapati tidak selari dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) serta Dasar Pendidikan Nasional (DPN).

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setakat ini UEC juga tidak berpaksikan kepada teras Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti yang digariskan di bawah Akta 550, justeru sebarang tuntutan pengiktirafan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa.

“Mana-mana pihak yang mendesak kerajaan supaya mengiktiraf UEC seharusnya terlebih dahulu membaca, memahami dan meneliti Akta 550 secara menyeluruh. Dalam sebuah negara berdaulat, asas perundangan dan kenegaraan tidak boleh diketepikan demi memenuhi tuntutan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mahdzir, perbahasan berkaitan pendidikan nasional perlu dibuat secara matang dan berlandaskan fakta, bukan sekadar berdasarkan sentimen atau tekanan politik.

Beliau menegaskan bahawa tuntutan berterusan untuk mengiktiraf UEC tanpa mengambil kira kerangka undang-undang sedia ada menunjukkan kurangnya kepekaan terhadap prinsip pentadbiran negara dan dasar pendidikan kebangsaan.

“Saya menyeru pemimpin-pemimpin politik, termasuk daripada DAP serta kumpulan yang memperjuangkan UEC, agar menghormati Akta 550 dan meletakkan kepentingan nasional sebagai keutamaan, khususnya dalam usaha memartabatkan sistem pendidikan negara,” katanya.

Mahdzir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata, isu pengiktirafan UEC tidak seharusnya terus dibangkitkan sekiranya pihak berkaitan benar-benar menghormati peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan secara jelas.

Beliau turut mempersoalkan keperluan mendesak untuk mengiktiraf UEC sedangkan kerajaan telah lama mengiktiraf sijil bertaraf antarabangsa lain seperti O-Level dan IGCSE yang selari dengan dasar pendidikan negara.

Tambahnya, antara isu utama UEC ialah kandungan silibus yang tidak sepenuhnya menepati standard Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), khususnya subjek Sejarah yang lebih menumpukan sejarah China dan Asia Timur, berbanding sejarah Malaysia.

Selain itu, UEC juga tidak menggunakan Kurikulum Kebangsaan dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama, sebaliknya Mandarin, serta tidak berada di bawah pemantauan dan penyelarasan KPM seperti institusi pendidikan swasta lain.

“Dalam keadaan ini, adalah wajar kerajaan bertanya apakah justifikasi kukuh untuk pengiktirafan tersebut. Jangan sampai isu pendidikan dijadikan alat politik sehingga mengabaikan keharmonian dan perpaduan negara,” katanya.

Mahdzir menegaskan bahawa selagi UEC tidak diselaraskan dengan Akta 550 dan dasar pendidikan nasional, sebarang cadangan pengiktirafan perlu ditangani secara berhati-hati dan berprinsip.

TAMAT