Hadiah bunga kerana ke bazar – Aksi Que Haidar buat Fazura tersipu
KUALA LUMPUR: Momen manis antara pelakon Que Haidar dan aktres Fazura mencetuskan sensasi di media sosial apabila Que menghadiahkan sejambak bunga mawar merah jambu kepada Fazura ketika mereka bertemu dalam satu acara jenama pakaian.
Detik romantis yang dirakam dan dimuat naik ke media sosial itu segera menarik perhatian peminat, lebih-lebih lagi apabila Fazura kelihatan terkejut dan tersipu malu menerima kejutan tersebut.
Menurut Que, hadiah itu sebagai tanda penghargaan kerana Fazura sudi menemaninya ke bazar Ramadan.
“Haritu saya bagi Fatima kan? Ini awak punya… Terima kasih sebab nak pergi bazar Ramadan dengan saya.”
Fazura yang nyata malu dengan perhatian kru dan kamera membalas secara berseloroh:
“Sebab nak pergi bazar Ramadan awak bagi saya bunga sebesar ini? Korang janganlah… merah muka saya!”
Gelagat mesra mereka sebelum ini — termasuk saling berbalas komen di Threads — sudah pun mencetuskan reaksi peminat.
Malah, wujud tanda pagar khas:
#QueLaFazkanDenganBismillah
Ada peminat mendoakan yang baik-baik, namun tidak kurang yang berpendapat ia sekadar gimik promosi.
Sama-sama single, chemistry jadi perhatian
Untuk rekod:
- Que Haidar bercerai dengan Linda Jasmine pada Julai 2024 dan mempunyai dua anak perempuan.
- Fazura berpisah dengan Fattah Amin pada Oktober 2024 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.
Status mereka yang sama-sama solo membuatkan ramai peminat melihat interaksi ini sebagai sesuatu yang lebih daripada sekadar kebetulan.
Promosi biasa atau bibit cinta baharu?
Netizen nampaknya sudah ada jawapan sendiri.
Apa pendapat anda? – MADANI NEWS
