artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Kes rasuah RM3 juta: Isa Samad ke penjara selama 6 tahun | Madani News

Kes rasuah RM3 juta: Isa Samad ke penjara selama 6 tahun

Kes rasuah RM3 juta: Isa Samad ke penjara selama 6 tahun

TOKOH politik veteran Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, diperintah menjalani hukuman penjara selama enam tahun bermula Selasa oleh Mahkamah Persekutuan di Putrajaya atas sembilan kes rasuah berjumlah RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, 12 tahun lalu.

Ini bermakna bekas Pengerusi Felda berusia 77 tahun itu akan menyambut Ramadan dan Syawal di sebalik tirai besi.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Nordin Hassan, yang bersidang bersama Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, memutuskan demikian selepas menerima rayuan pendakwaan selaku perayu untuk mensabitkan semula bekas Naib Presiden UMNO itu.

Mendengar keputusan itu, ahli keluarga Mohd Isa yang berada di galeri awam menangis selepas pihak polis membawanya ke lokap.

Mereka juga tidak sempat memeluk bekas veteran UMNO itu sebelum dia dibawa ke Penjara Sungai Buloh, memetik laporan Sinar Harian.

Semasa membaca keputusan sebulat suara, Nordin berkata panel mendapati keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan bekas ahli politik itu adalah terkhilaf.

“Kami dapati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah tepat dan selamat. Tiada sebab untuk kami mengganggu keputusan yang mensabitkan Mohd Isa selaku responden atas semua kesalahan berkenaan dan mahkamah ini mengesahkan keputusan itu,” katanya.

Dalam prosiding ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz selaku perayu, manakala peguam M. Athimulan dan Datuk Abu Bakar Isa Ramat hadir bagi pihak responden.

Pada 3 Februari 2021, Mohd Isa dihukum penjara 54 tahun dan denda RM15.45 juta oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas semua pertuduhan.

Bagaimanapun, semua hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak, menjadikan tempoh pemenjaraan berkuat kuasa selama enam tahun.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Pada 6 Mac 2024, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilepas dan dibebaskan selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mengetepikan sabitan serta hukuman berkenaan.

Panel yang dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, kini Hakim Mahkamah Persekutuan, bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S. M. Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Mohd Isa.

Susulan keputusan berkenaan, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 7 Mac 2024 dan petisyen rayuan pada 26 Jun tahun sama dengan mengemukakan 24 alasan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.

Pendakwaan merayu agar Mahkamah Persekutuan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021 yang mendapati Mohd Isa bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun, denda RM15.45 juta serta penjara 18 tahun sekiranya gagal membayar denda.

Petisyen itu antara lain menyatakan Mahkamah Rayuan terkhilaf dari segi undang-undang apabila membatalkan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa Mohd Isa mengarahkan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip, untuk meminta rasuah daripada seorang Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel.

Pihak pendakwaan menyatakan mereka telah mengemukakan bukti bahawa selepas dua pertemuan, Mohd Isa secara tidak langsung mengarahkan Muhammad Zahid untuk meminta rasuah daripada Ikhwan.

Muhammad Zahid kemudian bertindak mengikut arahan berkenaan dengan menyerahkan wang rasuah itu secara berperingkat kepada Mohd Isa.

Pendakwaan turut menyatakan Mahkamah Rayuan terkhilaf dari segi undang-undang apabila mendapati wujud keterangan daripada Ikhwan yang menunjukkan Mohd Isa tidak pernah meminta habuan daripadanya dalam dua pertemuan di pejabatnya.

Mohd Isa didakwa pada 2018 atas sembilan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah GAPSB ketika itu, Ikhwan Zaidel, sebagai balasan meluluskan pembelian MPHS oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara Felda, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015. – MADANI NEWS