artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
YBK santuni keluarga miskin tegar di Hulu Selangor sempena Ramadan | Madani News

YBK santuni keluarga miskin tegar di Hulu Selangor sempena Ramadan

YBK santuni keluarga miskin tegar di Hulu Selangor sempena Ramadan
Pengerusi YBK, Zainal Abidin Sakom hadir di majlis penyampaian sumbangan.

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) melaksanakan Program Ziarah Sinar Kasih Ramadan 1447H/2026 dengan menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga miskin tegar di daerah Hulu Selangor, semalam.

Empat keluarga berkenaan merupakan sebahagian daripada 400 keluarga terpilih di seluruh negara yang bakal menerima bantuan Ramadan YBK tahun ini. Semua penerima berdaftar dalam sistem e-Kasih.

Program penyerahan sumbangan disempurnakan Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom, bersama Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadan, Datin Dr. Hartini Osman, dengan kehadiran wakil Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU), penaja, media serta sukarelawan.

Setiap keluarga menerima sumbangan wang tunai RM600 daripada Pengasas YBK, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bagi membantu keperluan berbuka dan bersahur sepanjang Ramadan.

Mereka turut menerima “Kotak Rezeki” bernilai RM150 sumbangan ICU Selangor serta barangan keperluan asas daripada penaja termasuk Dewina Food Industries (Brahim’s), Mamee Double-Decker, Dutch Lady Milk Industries, Ajinomoto Malaysia, PLiMJI Universiti Sains Islam Malaysia dan Coca-Cola Malaysia.

Antara penerima ialah Mohd Fitri Abdullah dari Kampung Orang Asli Ulu Melaka, Serendah yang menanggung tujuh ahli keluarga dengan pendapatan sekitar RM600 hingga RM700 sebulan hasil mengumpul besi buruk.

Turut menerima bantuan, Kamarulhisham Kamarudin dari Taman Tasik Teratai, Serendah, bapa kepada enam anak yang bekerja sebagai pemandu van ke Genting Highlands dengan gaji asas sekitar RM750 sebulan, selain menerima bantuan zakat dan bakul makanan.

Di Batang Kali, Ismail Mokhtar yang menyara tujuh ahli keluarga melalui kerja kampung dengan pendapatan tidak tetap turut menerima sumbangan, selain bantuan bulanan daripada zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Seorang lagi penerima, Mohamad Zul Hashimi Ramzan dari Kampung Ulu Rening, menanggung tujuh anak termasuk seorang yang menghidap penyakit jantung. Beliau bekerja memotong rumput dengan pendapatan tidak menentu dan bergantung kepada bantuan zakat bagi menampung kos sewa rumah dan keperluan dapur.

YBK dalam kenyataan memaklumkan penyerahan bantuan akan diteruskan dan dijangka selesai selewat-lewatnya minggu kedua Ramadan.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada Program Sinar Kasih Ramadan 2026 boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Yayasan Basmi Kemiskinan dan resit pengecualian cukai disediakan kepada penyumbang yang memerlukan.

Ditubuhkan pada 1990, YBK merupakan badan bukan kerajaan yang aktif melaksanakan program pembasmian kemiskinan dengan memberi tumpuan kepada pendidikan dan pembangunan modal insan di seluruh negara. – MADANI NEWS