artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Malaysia digesa tarik balik reservasi Artikel IX Konvensyen Genosid, sertai intervensi di ICJ bagi kes Gaza | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Malaysia digesa tarik balik reservasi Artikel IX Konvensyen Genosid, sertai intervensi di ICJ bagi kes Gaza

Malaysia digesa tarik balik reservasi Artikel IX Konvensyen Genosid, sertai intervensi di ICJ bagi kes Gaza
AZRIL MOHD AMIN

KUALA LUMPUR – Malaysia digesa menarik balik reservasi terhadap Artikel IX Konvensyen Genosid dan segera memfailkan deklarasi intervensi di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menyokong usaha menghentikan kekejaman di Gaza.

Gesaan itu dibuat oleh Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin susulan pengumuman ICJ pada 12 Mac bahawa Belanda dan Iceland telah memfailkan deklarasi intervensi dalam kes Application of the Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide in the Gaza Strip (South Africa v. Israel).

Intervensi tersebut difailkan di bawah Artikel 63 Statut Mahkamah yang membolehkan negara pihak kepada sesuatu konvensyen menyertai prosiding apabila tafsiran konvensyen itu dipersoalkan.

Langkah Belanda dan Iceland menambah senarai negara yang tampil mempertahankan integriti Konvensyen Genosid 1948. Setakat ini, beberapa negara termasuk Colombia, Mexico, Palestin, Sepanyol, Türkiye, Chile, Ireland, Brazil, Cuba, Belize, Bolivia, Maldives dan Belgium turut memohon untuk mengambil bahagian dalam prosiding berkenaan.

Azril berkata tahap penglibatan antarabangsa yang luar biasa itu mencerminkan betapa seriusnya dakwaan yang sedang dipertimbangkan oleh ICJ serta kepentingan kes berkenaan terhadap masa depan undang-undang antarabangsa.

Menurut beliau, krisis di Gaza kini telah mencetuskan bencana kemanusiaan yang amat serius, dengan puluhan ribu rakyat Palestin terkorban sejak Oktober 2023, sebahagian besar daripadanya wanita dan kanak-kanak. Pada masa sama, kemusnahan besar-besaran terhadap kawasan bandar, sistem kesihatan dan pendidikan serta pemindahan besar-besaran penduduk terus memburukkan keadaan di wilayah itu.

“Malaysia wajar mempertimbangkan secara serius untuk menarik balik reservasinya terhadap Artikel IX Konvensyen Genosid serta segera memfailkan deklarasi intervensi di ICJ mengikut jejak langkah Belanda dan Iceland,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Azril menjelaskan Artikel IX menyediakan mekanisme undang-undang yang membolehkan pertikaian antara negara mengenai tafsiran dan pelaksanaan Konvensyen dirujuk kepada ICJ. Malaysia memasukkan reservasi terhadap artikel tersebut ketika menyertai konvensyen itu pada 1994.

“Dengan mengekalkan reservasi tersebut, Malaysia secara efektif mengehadkan keupayaan Konvensyen ini untuk berfungsi sebagai perlindungan undang-undang sejagat terhadap jenayah genosid,” katanya.

Beliau menegaskan penyertaan Malaysia melalui intervensi di ICJ akan memberi kesan penting kepada usaha global untuk menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin.

“Langkah ini bukan sekadar simbolik, tetapi boleh membantu memperkukuh tafsiran undang-undang Konvensyen Genosid, meningkatkan tekanan diplomatik terhadap pihak yang terlibat, serta mengukuhkan autoriti ICJ sebagai forum utama penyelesaian pertikaian antarabangsa berkaitan jenayah paling serius terhadap kemanusiaan,” katanya.

Azril menambah tindakan tersebut juga akan menunjukkan bahawa negara-negara Global South termasuk Malaysia bersedia memainkan peranan aktif dalam mempertahankan sistem undang-undang antarabangsa.

“Menarik balik reservasi terhadap Artikel IX dan memfailkan intervensi di ICJ akan menjadi satu langkah yang berprinsip dan berimpak besar. Ia akan membuktikan bahawa Malaysia bukan sekadar menyuarakan solidariti, tetapi bersedia mengambil tindakan undang-undang yang konkrit dalam mempertahankan hak rakyat Palestin,” katanya.

Beliau menegaskan Malaysia tidak boleh sekadar menjadi pemerhati dalam usaha menghentikan kekejaman di Gaza.

“Jika dunia benar-benar mahu menghentikan kekejaman di Gaza, negara-negara yang berprinsip mesti berani bertindak. Malaysia mesti berada di barisan hadapan dalam menegakkan keadilan antarabangsa,” katanya. – MADANI NEWS