artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
BYD lancar Atto 1 di Thailand, EV serendah RM52,000. Bila nak masuk Malaysia? | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

BYD lancar Atto 1 di Thailand, EV serendah RM52,000. Bila nak masuk Malaysia?

BYD lancar Atto 1 di Thailand, EV serendah RM52,000. Bila nak masuk Malaysia?

BANGKOK – Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, memperkenalkan model kompak terbaharunya, BYD Atto 1, di Bangkok International Motor Show 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat itu dalam segmen EV mampu milik di rantau ASEAN.

Model yang turut dikenali sebagai Seagull itu ditawarkan pada harga permulaan 429,900 baht (sekitar RM52,000), menjadikannya antara kenderaan elektrik paling mampu milik di pasaran Thailand ketika ini. Unit yang dipasarkan adalah diimport sepenuhnya dari China.

Varian asas Dynamic dilengkapi motor elektrik tunggal pacuan roda hadapan dengan kuasa 75 PS dan tork 135 Nm, sesuai untuk kegunaan harian khususnya di kawasan bandar. Model ini mampu memecut dari 0 hingga 50 kilometer sejam dalam masa 4.9 saat dan menawarkan tiga mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport.

Kenderaan tersebut dikuasakan oleh bateri Blade lithium iron phosphate (LFP) berkapasiti 30.08 kWh, yang membolehkan jarak perjalanan sehingga 300 kilometer mengikut kitaran NEDC atau sekitar 240 kilometer berdasarkan piawaian WLTP. Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan AC sehingga 6.6 kW serta pengecasan pantas DC sehingga 30 kW.

Selain itu, varian Premium turut ditawarkan pada harga 459,900 baht (sekitar RM56,000), dengan peningkatan kepada bateri berkapasiti 38.88 kWh. Ini membolehkan jarak perjalanan ditingkatkan kepada 380 kilometer (NEDC) atau sehingga 304 kilometer mengikut WLTP. Varian ini juga menyokong pengecasan DC yang lebih pantas sehingga 40 kW.

Kedua-dua varian dilengkapi fungsi vehicle-to-load (V2L), yang membolehkan kenderaan membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan luar, selain menggunakan rim bersaiz 16 inci sebagai standard.

Dari aspek kelengkapan, Atto 1 hadir dengan ciri moden termasuk lampu utama LED automatik, lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang LED, serta pengelap cermin dengan sensor hujan. Ruang dalaman pula menampilkan paparan instrumen digital tujuh inci, tempat duduk berkemasan kulit sintetik dan skrin infotainmen bersaiz 10.1 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Sistem audio dilengkapi empat pembesar suara, manakala kemudahan lain termasuk kad kunci NFC, pendingin hawa automatik dengan penapis PM2.5 serta kamera undur bagi membantu pemanduan harian.

Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi empat beg udara termasuk tirai sisi, selain sistem keselamatan asas seperti sistem brek anti-kunci (ABS), kawalan cengkaman dan kawalan kestabilan kenderaan.

Bagi varian Premium, ia menerima tambahan ciri bantuan pemandu termaju (ADAS) seperti kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan autonomi, amaran pelanggaran hadapan serta sistem amaran dan pencegahan keluar lorong, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan keseluruhan.

Atto 1 ditawarkan dalam beberapa pilihan warna termasuk Shell White, Quantum Black, Pop Green dan Velocity Blue, dengan varian asas terhad kepada dua pilihan warna sahaja.

Dalam barisan model BYD, Atto 1 diposisikan di bawah BYD Dolphin, menjadikannya model paling kecil yang ditawarkan oleh syarikat itu di Thailand. Dengan dimensi lebih kompak, ia disasarkan kepada pengguna bandar yang mencari kenderaan elektrik praktikal pada harga lebih mampu milik. – MADANI NEWS