Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad | Madani News

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad

UMAT ​​Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad, bersamaan 2 Mac 2025.

Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Menurut Syed Danial, tarikh permulaan puasa di seluruh negara ditetapkan pada hari tersebut menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Jumaat (28 Februari) malam. – MADANINEWS

KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews