artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Dah buat macam rumah sendiri..! Polis tahan 13 warga Nepal cuba merusuh | Madani News

Dah buat macam rumah sendiri..! Polis tahan 13 warga Nepal cuba merusuh

Dah buat macam rumah sendiri..! Polis tahan 13 warga Nepal cuba merusuh

POLIS menahan 13 warga Nepal yang bekerja di sebuah kilang kerana disyaki cuba mencetuskan rusuhan di Changkat Jong, Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata kejadian itu berpunca daripada satu kemalangan maut langgar lari melibatkan seorang pejalan kaki warga Nepal di Batu 8, Jalan Changkat Jong kira-kira 9.35 malam.

“Siasatan mendapati kira-kira 1,000 pekerja sebuah kilang di kawasan itu turun ke lokasi kejadian sehingga menghalang lalu lintas.

“Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Teluk Intan telah digerakkan bagi menenangkan dan mengawal situasi. Keadaan pulih sepenuhnya pada 2 pagi tadi dan semua pekerja warga Nepal telah kembali ke asrama mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua suspek yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, manakala kes kemalangan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bakri seterusnya meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kes, Insp Mohammad Syamil, di talian 011-10065817 bagi membantu siasatan.

Terdahulu tular video di Facebook yang menunjukkan sekumpulan warga asing sedang merusuh di atas jalan raya sehingga menyebabkan kenderaan tidak dapat menggunakan laluan itu.

Sementara itu Bakri berkata Mahkamah Majistret Teluk Intan telah mengeluarkan perintah reman hari ini terhadap kesemua mereka yang ditahan, sehingga 18 Mac bagi membantu siasatan.

“Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat dalam kejadian ini untuk memastikan keselamatan awam terjamin dan tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang.

“Siasatan sedang dijalankan dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi sementara siasatan diteruskan,” katanya. – BERNAMA

KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews