artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
JAIS diarah semak, batal tauliah mengajar 'pengerusi surau' didakwa pukul pelajar - Exco | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

JAIS diarah semak, batal tauliah mengajar ‘pengerusi surau’ didakwa pukul pelajar – Exco

JAIS diarah semak, batal tauliah mengajar ‘pengerusi surau’ didakwa pukul pelajar – Exco
Gambar viral

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) diarah membuat semakan, sama ada agamawan atau guru yang terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini, memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah, berkata sekiranya benar individu itu adalah pemegang tauliah MAIS, maka ia wajar ditarik balik serta-merta dan diharamkan daripada mengajar agama di Selangor.

“Saya menyeru kepada semua agamawan dan guru yang diberikan tauliah mengajar MAIS di Selangor agar sentiasa menjaga kemuliaan agama Islam serta menjauhi segala tindakan ganas yang boleh merosakkan imej kesederhanaan para agamawan ataupun guru.

“Segala tindakan haruslah berdasarkan akhlak mulia, pertimbangan yang rasional serta mengikut asas perundangan yang berkuat kuasa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mohammad Fahmi turut menzahirkan kekecewaan dengan tindakan ganas berkenaan yang jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam yang menuntut penyelesaian secara rasional serta berdasarkan asas perundangan yang berkuat kuasa, khususnya pada bulan Ramadan.

“Susulan itu, saya mengecam segala bentuk kekerasan, lebih-lebih lagi jika pelakunya membawa imej agamawan atau guru. Seorang agamawan ataupun guru harus mengamalkan akhlak yang mulia agar dapat diteladani oleh masyarakat, terutamanya golongan muda,” katanya.

Terdahulu, media pada 14 Mac lepas melaporkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mendakwa dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai pengerusi sebuah surau akibat perselisihan faham ketika kedua-dua individu berkenaan sedang memandu di kawasan Saujana Impian.

Akibat kejadian itu, remaja lelaki berkenaan mengalami retak pada tulang batang hidung dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

Siasatan mendapati remaja terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan telah dikenakan tindakan saman trafik, manakala lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di sekitar Kajang pada 9.50 malam hari yang sama dan direman sehari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 serta Seksyen 279 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews