Maaf atas kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang - KPM | Madani News

Maaf atas kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang – KPM

Maaf atas kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang – KPM
Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang yang dipaparkan dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM yang diedarkan hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam ilustrasi Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan hari ini.

Kementerian berkenaan berkata, kecuaian itu tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.

Menurut KPM, tindakan tegas dan serta-merta telah diambil ke atas semua yang terlibat.

“Siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan.

“Laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai kesilapan pemaparan ilustrasi Jalur Gemilang dalam laporan tersebut. – MADANI NEWS