BN pertahan DUN Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri menang majoriti 5,006 undi | Madani News

BN pertahan DUN Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri menang majoriti 5,006 undi

BN pertahan DUN Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri menang majoriti 5,006 undi
BARISAN Nasional berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning melalui kemenangan calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir

BARISAN Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning melalui kemenangan calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir dengan majoriti lebih besar.

Menurut keputusan rasmi, calon BN, Yusri Bakir menang dengan kelebihan 5,006 undi, menewaskan pencabar Abd Muhaimin Malek dari Perikatan Nasional (PN) dan KS Bawani dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK DUN Ayer Kuning, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori, di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Merdeka.

Secara keseluruhan, setiausaha UMNO Tapah itu peroleh 11,065 undi sementara Muhaimin 6,059 undi dan Bawani 1,106 undi.

Peratusan keluar mengundi kali ini mencapai 58.07% berbanding 74.85% pada PRU 2022.

Pada PRU 2022, Ishsam Shahruddin mempertahankan kerusi tersebut dengan kelebihan 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru, menewaskan pencabar dari Pakatan Harapan, PSM (Parti Sosialis Malaysia), dan Pejuang. – MADANI NEWS