PM beri bayangan umum satu penghargaan luar biasa untuk rakyat | Madani News

PM beri bayangan umum satu penghargaan luar biasa untuk rakyat

PM beri bayangan umum satu penghargaan luar biasa untuk rakyat

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi bayangan akan mengumumkan suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia dalam masa terdekat.

Walaupun tidak menjelaskan lebih lanjut namun poster yang bertulis ‘AKAN DATANG’ dikongsikan Anwar menerusi Facebooknya itu pantas mendapat perhatian netizen.

“Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku,” tertera dalam poster berkenaan.

Anwar berkongsi poster tersebut dengan kapsyen “Nantikan…”.

– MADANI NEWS