artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Zara Qairina : JSJ Bukit Aman mohon inkues tentu punca kematian, pegawai penyiasat langgar SOP tak mohon bedah siasat | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Zara Qairina : JSJ Bukit Aman mohon inkues tentu punca kematian, pegawai penyiasat langgar SOP tak mohon bedah siasat

Zara Qairina : JSJ Bukit Aman mohon inkues tentu punca kematian, pegawai penyiasat langgar SOP tak mohon bedah siasat

‘’Punca kematian kita dah tahu, injury due to a fall. Tetapi apa yang mengakibatkan adik Zara jatuh? Jadi untuk memberi pencerahan, mendapat kebenaran terhadap persoalan ini, maka inkues perlu dibuat.’’ – Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar

JABATAN Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman akan memohon proses inkues bagi menentukan punca sebenar kematian pelajar SMKA Tun Datu Mustapha, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Pengarahnya Datuk M Kumar berkata, berdasarkan keputusan bedah siasat yang dijalankan tiga pakar pada 10 Ogos lepas, punca kematian didapati konsisten dengan diagnosis awal pakar perubatan di Hospital Queen Elizabeth, iaitu kecederaan akibat kekurangan oksigen dan aliran darah ke bahagian otak. 

Bagaimanapun, kata beliau, proses inkues tersebut dijangka dapat menentukan punca sebenar insiden yang membawa kepada kematian pelajar tersebut, termasuk jika ada elemen jenayah atau buli.

“Punca kematian kita dah tahu, injury due to a fall. Tetapi apa yang mengakibatkan adik Zara jatuh? Jadi untuk memberi pencerahan, mendapat kebenaran terhadap persoalan ini, maka inkues perlu dibuat.

“Selain inkues, siasatan pihak Pasukan Petugas Khas JSJ Bukit Aman akan menjurus ke arah elemen lain terutamanya dari sudut jenayah. Jadi apabila inkues berjalan, siasatan selari untuk disclose or untuk mengeluarkan evidence ke arah kejadian jenayah,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini, lapor Astro Awani.

Kumar berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC), dan permohonan inkues itu akan dilakukan seawal minggu hadapan.

Kumar menambah bahawa pihak JSJ telah mengambil pendekatan proaktif dengan membuat proses intervensi terhadap sekumpulan pelajar yang dikesan mengalami trauma akibat insiden tersebut.

“Seramai 124 pelajar telah dibuat proses intervensi, iaitu proses yang digunakan mempunyai elemen psikiatri untuk memulihkan keyakinan kepada mereka, supaya perkara ini tidak berlaku lagi,” jelas Kumar.

Mengenai bedah siasat, beliau berkata, siasatan pasukan khas Bukit Aman mendapati pegawai penyiasat tidak membuat permohonan bedah siasat pada peringkat walaupun mempunyai kuasa berbuat demikian di bawah undang-undang.

 Kumar berkata, ia dikenal pasti sebagai punca utama ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kes tersebut.

 Beliau berkata, SOP jelas mewajibkan bedah siasat dilakukan sekiranya punca kematian tidak diketahui atau wujud elemen mencurigakan. 

“Ketidakpatuhan di sini ialah pegawai penyiasat tidak memohon untuk bedah siasat pada peringkat awal, sedangkan itu adalah asas siasatan sekiranya kematian menimbulkan keraguan,” katanya.

Beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat dan penyelianya kerana gagal melaksanakan tanggungjawab dan perkara itu masih di peringkat siasatan.