Krisis kekurangan doktor perlu tanggungjawab bersama | Madani News

Krisis kekurangan doktor perlu tanggungjawab bersama

Krisis kekurangan doktor perlu tanggungjawab bersama
Gambar hiasan - Freepik

ISU kekurangan doktor di hospital kerajaan serta fenomena penghijrahan tenaga perubatan ke luar negara tidak wajar hanya dipikul oleh Kementerian Kesihatan (KKM), sebaliknya melibatkan tanggungjawab pelbagai pihak.

Masalah sumber manusia dalam bidang perubatan perlu dilihat secara menyeluruh kerana ia turut melibatkan Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan (MOF), universiti serta keseluruhan sistem pendidikan negara.

“Malaysia sebenarnya melahirkan ramai graduan perubatan. Namun, sebahagian mereka terpaksa menunggu lama sebelum mendapat tempat latihan. Selepas itu, isu gaji serta beban kerja pula menjadi cabaran utama,” menurut sumber.

Katanya, masyarakat tidak seharusnya terlalu cepat menyalahkan doktor yang memilih untuk meninggalkan negara atau keadaan hospital yang kekurangan tenaga kerja, sebaliknya perlu menilai punca masalah daripada sudut yang lebih luas.

“Untuk menyelesaikan isu ini, semua pihak mesti bekerjasama membentuk satu sistem yang lebih baik agar doktor tempatan dapat terus kekal berkhidmat di tanah air,” ujarnya. – MADANI NEWS