Berikut ialah antara Inti Pati Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR — Berikut adalah inti pati Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen hari ini.
Belanjawan yang mengangkat tema ‘Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat’ itu merupakan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030.
- Lebih RM700 juta diperuntuk untuk tingkat keupayaan badan penguatkuasa SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC melalui Latihan serta perolehan asset.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba di Dewan Rakyat bagi membentangkan Belanjawan 2026 hari ini.
- JKDM akan memperkenalkan setem cukai digital, bendung pemalsuan serta ketirisan di pintu masuk negara melalui Centralised Screening Complex CCTV.
- Penyumbang tunai program pencegahan rasuah layak mendapat potongan cukai pendapatan.
- Agenda Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) jimat kos pematuhan sehingga RM1.1 bilion, bantu Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia.
- Pasukan STAR terima RM25 juta untuk usaha pendigitalan menyeluruh urusan rakyat, percepat pembangunan infrastruktur dan inovasi baharu.
- MyDigital ID sasar 15 juta pengguna menjelang akhir 2025, diperluas ke sektor utama seperti kewangan, telekomunikasi, e-dagang dan kesihatan.
- RM76.6 juta disediakan bagi meningkatkan mutu prasarana UTC agar lebih mesra rakyat dan mudah diakses.
- RM31.5 juta disediakan untuk menyelenggara dan mengganti aset-aset kedutaan yang rosak.
- RM220 juta untuk perkasa peranan Institusi Parlimen, RM5 juta bagi memperkasa fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara dan Dewan Rakyat .
- RM15 juta untuk perluas liputan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM).
- Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya kini diperingkat libat urus bersama semua pihak berkepentingan.
- Kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pengguna, masukkan elemen Lemon Law bagi melindungi hak pengguna yang sering tertindas.
- Pangkalan data 16.5 juta warganegara yang layak BUDI95 sedang dikemas kini untuk sedia kuota tambahan kepada 23,000 pemilik perahu berdaftar dan lebih 52,000 pemandu e-hailing aktif.
- Keseluruhan penyasaran subsidi menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun.
- RM1 bilion disediakan bagi memperhebat Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat.
- Sejati MADANI diperluas dengan melibatkan anak-anak muda menambah pendapatan komuniti.
- Sasaran Kampung Angkat MADANI ditingkatkan kepada 500 kampung dan Sekolah Angkat MADANI ditingkatkan kepada 1,500 sekolah termasuk penglibatan oleh badan swasta.
- Solar MADANI diperluas ke kampung-kampung seluruh negara.
- Syarikat dan individu berpendapatan perniagaan yang menyumbang untuk program Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI, Sejahtera MADANI layak diberi potongan cukai pendapatan.
- RM110 juta untuk Ikhtiar Perkhidmatan Bergerak MADANI bagi memastikan masyarakat desa dan pedalaman mendapat perkhidmatan kerajaan secara terus.
— BERNAMA