artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
MFW bubar pertubuhan ekoran isu kontroversi ‘Muslim Choice’ | Madani News

MFW bubar pertubuhan ekoran isu kontroversi ‘Muslim Choice’

MFW bubar pertubuhan ekoran isu kontroversi ‘Muslim Choice’

MUSLIM Friendly Watch (MFW) hari ini memutuskan untuk membubarkan pertubuhan itu secara rasmi mengikut lunas undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

MFW memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat susulan isu ‘Muslim Choice’ yang mendapat perhatian umum baru-baru ini.

“Proses pembubaran ini akan dilaksanakan dengan penuh tertib dan kerjasama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) agar semuanya berjalan mengikut prosedur yang sah,” katanya dalam kenyataan.

MFW juga akur dengan ketetapan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee baru-baru ini.

MFW turut memaklumkan mereka telah mengambil langkah segera dan bertanggungjawab dengan menamatkan sepenuhnya semua operasi berkaitan pertubuhan serta sistem yang bernaung di bawah pertubuhan itu.

“Langkah ini diambil sebagai tanda ketaatan kepada pihak berkuasa agama serta keinsafan kami terhadap keperluan menjaga kemaslahatan ummah dan nama baik agama Islam di negara ini,” katanya.

Selain itu, ia turut akur bahawa setiap tindakan dan keputusan yang diambil oleh pihak berkuasa adalah berpaksikan kepentingan agama, keharmonian masyarakat serta menjaga sensitiviti umat Islam.

“Justeru, kami menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka, penuh rasa tanggungjawab dan rendah diri,” katanya.

Sehubungan itu, MFW memohon maaf kepada seluruh rakyat khususnya pihak berkuasa agama, agensi kerajaan serta mana-mana individu atau pihak yang mungkin terkesan akibat daripada kekeliruan serta salah faham atas kecuaian pertubuhan berkenaan.

Sebelum ini, Mohd Na’im mengarahkan MFW agar menarik semula segala bentuk promosi dan pengiktirafan ‘Muslim Choice’ yang boleh mengelirukan pengguna Islam di negara ini.

Jakim turut menegaskan bahawa penggunaan istilah ‘Muslim Choice’ yang diperkenalkan oleh MFW bukanlah perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama.

Sirajuddin berkata, penggunaan istilah itu boleh mengelirukan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis.