artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
‘Bebal, sampah, kurang ajar’ – UMNO berang pemimpin DAP rai keputusan mahkamah kes Najib | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

‘Bebal, sampah, kurang ajar’ – UMNO berang pemimpin DAP rai keputusan mahkamah kes Najib

‘Bebal, sampah, kurang ajar’ – UMNO berang pemimpin DAP rai keputusan mahkamah kes Najib
Razlan Rafii dan Dr Akmal Saleh

KUALA LUMPUR: Reaksi terbuka pemimpin DAP yang dilihat meraikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak mencetuskan kemarahan pemimpin UMNO, sekali gus menajamkan lagi ketegangan dalam kerajaan perpaduan.

Hantaran Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, di media sosial yang berbunyi “Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini” sejurus keputusan mahkamah diumumkan, mengundang kecaman keras pemimpin UMNO yang menyifatkannya sebagai biadab dan tidak beradab.

Walaupun tidak menyebut secara langsung, kenyataan itu dipercayai merujuk kepada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Alice Loke Yee Ching, yang memutuskan Titah Adendum berkaitan tahanan rumah Najib tidak sah dan tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 29 Januari 2024.

Berikutan keputusan itu, Najib diperintah untuk terus menjalani baki hukumannya di Penjara Kajang.

“Kurang ajar, hasut perpecahan”

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii, antara yang paling lantang mengecam Yeo.

“Ini kenyataan yang sangat kurang ajar!
Tunggu waktu orang Melayu bersatu melawan kezaliman dan hasutan kamu,” katanya sambil memetik hantaran Yeo.

Nada serupa disuarakan Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, yang menyifatkan tindakan itu sebagai memenatkan.

“Penat kerja dengan sampah DAP jenis ini,” katanya ringkas.

Pemuda UMNO ugut tarik sokongan kerajaan

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, pula melangkah lebih jauh dengan mencadangkan agar Umno menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apa lagi yang perlu kita tunggu? Tarik saja sokongan daripada kerajaan ini.
Lebih baik jadi pembangkang bermaruah daripada dihina puak-puak bebal ini,” tegasnya.

Pemimpin PH sambut keputusan

Dalam masa sama, beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyambut baik keputusan mahkamah berkenaan.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, menulis ringkas di media sosial: “Hidup keadilan.”

Amaran: jangan pijak sensitiviti rakan kerajaan

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Subang, Armand Azha Abu Hanifah, memberi amaran keras kepada penyokong PH agar tidak melampaui batas dalam meraikan keputusan mahkamah.

“Kerjasama politik bukan lesen untuk biadab, bukan tiket untuk pijak perasaan rakan sendiri.
Kalau tak mampu hormat pendirian orang lain, jangan harap kami senyap,” katanya.

Keputusan mahkamah

Dalam penghakimannya, Hakim Alice Loke memutuskan Titah Adendum tersebut tidak mematuhi Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, sekali gus menjadikannya tidak sah.

Mahkamah juga memutuskan responden tidak mempunyai kuasa atau kewajipan untuk melaksanakan titah berkenaan, dan Najib tidak berhak memperoleh perintah mandamus seperti dipohon.