artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Guan Eng gesa isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM dibahas di Parlimen | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Guan Eng gesa isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM dibahas di Parlimen

Guan Eng gesa isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM dibahas di Parlimen

PETALING JAYA – Penasihat Kebangsaan Democratic Action Party (DAP), Lim Guan Eng menggesa dakwaan pegangan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dibahaskan sebagai topik khusus di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata beliau mempertahankan kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Januari 2022 yang menuntut Azam dan beberapa individu lain digantung bagi memberi laluan kepada siasatan bebas.

Kenyataan tersebut ketika itu ditandatangani beberapa pemimpin utama termasuk Anwar Ibrahim, bekas Presiden UPKO Madius Tangau dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

“Seperti dicadangkan pada 2022, saya bersetuju agar isu ini dibahaskan di Parlimen sebelum sesi semasa berakhir pada 3 Mac,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dakwaan baharu pegangan saham

Lim berkata Azam sebelum ini terpalit kontroversi pegangan saham pada 2016 apabila didakwa memperoleh saham bernilai antara RM1.9 juta hingga RM2.9 juta dalam Gets Global Bhd.

Beliau berkata kontroversi serupa timbul semula susulan laporan Bloomberg yang mendakwa Azam memiliki 17.7 juta saham (1.7 peratus) dalam Velocity Capital Bhd berdasarkan penyata tahunan syarikat bertarikh 3 Februari tahun lalu.

Menurut Lim, pemilikan tersebut didakwa bercanggah dengan pekeliling kerajaan 2024 yang menetapkan penjawat awam hanya boleh memiliki saham dalam syarikat berdaftar Malaysia jika pemilikan tidak melebihi lima peratus modal berbayar atau RM100,000, mana-mana yang lebih rendah.

Azam nafikan salah laku

Azam menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan kini tidak memegang sebarang saham di pasaran. Beliau juga difahamkan menuntut ganti rugi RM100 juta berhubung dakwaan yang didakwa menjejaskan reputasi serta kedudukan profesionalnya.

Bloomberg mempertahankan laporan tersebut, termasuk dakwaan kaitan Azam dengan beberapa ahli perniagaan yang reputasinya dipersoalkan.

Sementara itu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman telah membuka siasatan jenayah fitnah terhadap laporan berkenaan, manakala satu pasukan petugas khas turut ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan pemilikan saham tersebut.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebelum ini berkata kerajaan akan menunggu hasil siasatan pasukan petugas khas sebelum memutuskan sama ada tindakan lanjut perlu diambil.

Selain itu, kumpulan bekas penjawat awam kanan G25 dan Ahli Parlimen Ramkarpal Singh turut menggesa Azam bercuti sementara menunggu siasatan selesai. – MADANI NEWS