artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Sanusi tak perlu campuri urusan UMNO - Mahdzir | Madani News

Sanusi tak perlu campuri urusan UMNO – Mahdzir

Sanusi tak perlu campuri urusan UMNO – Mahdzir

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor disifatkan tidak perlu mencampuri urusan dalaman UMNO berkaitan usaha menyatupadukan bekas ahli parti itu menerusi inisiatif Rumah Bangsa.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau pelik dengan sikap Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat dan Perikatan Nasional (PN) kerana dilihat lebih banyak bercakap mengenai UMNO berbanding memberi tumpuan kepada parti sendiri dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar.

Menurutnya, inisiatif Rumah Bangsa yang diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertujuan mengajak bekas ahli UMNO kembali bersama parti itu serta menjadi platform penyatuan orang Melayu.

“Soal Rumah Bangsa yang disebut Presiden UMNO adalah berkaitan seruan kepada bekas ahli UMNO untuk kembali bersama parti serta menjadikannya sebagai mekanisme penyatuan Melayu.

“Ia juga sebagai platform perbincangan isu kepentingan bangsa Melayu seperti pendidikan, hak Bumiputera dan ekonomi. Jadi, saya tidak faham mengapa Sanusi begitu sibuk hendak mengulas perkara yang bukan urusan beliau,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Mahdzir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Sanusi sebelum ini yang menyifatkan inisiatif Rumah Bangsa sebagai cubaan UMNO untuk kembali menjadi “abang besar”.

Menurut Mahdzir, kenyataan tersebut memperlihatkan sikap Sanusi yang cenderung memainkan sentimen kebencian serta memecah-belahkan masyarakat berbanding menggalakkan penyatuan.

“Sebagai seorang pemimpin yang datang daripada parti yang membawa imej Islam, beliau tidak sepatutnya menyebarkan sentimen kebencian. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan, pendekatan sebegitu jelas tidak selari dengan akhlak Islam,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa sikap Sanusi yang sering menyerang pihak lain juga tidak mencerminkan nilai penyatuan yang dianjurkan oleh Islam.

Mahdzir berkata, walaupun beliau jarang mengulas mengenai Sanusi sebelum ini, kenyataan Menteri Besar Kedah itu dilihat sudah melampaui batas sehingga memaksa beliau tampil memberikan penjelasan.

“Beliau terlalu kerap melemparkan pelbagai tuduhan, memperlekeh dan mengkritik orang lain seolah-olah negeri Kedah ini milik beliau seorang.

“Sikap ego dan kecenderungan untuk menyerang pihak lain secara terbuka tidak wajar, apatah lagi ketika bulan Ramadan,” katanya.

Dalam masa sama, Mahdzir mendakwa Sanusi sengaja menimbulkan pelbagai isu melibatkan UMNO bagi mengalihkan perhatian daripada kelemahan pentadbirannya di Kedah.

Beliau turut menafikan dakwaan Sanusi yang kononnya terdapat bekas wakil rakyat di Kuala Nerang memiliki tanah seluas 300 ekar.

Menurutnya, terdapat enam bekas wakil rakyat Kuala Nerang yang masih hidup iaitu beliau sendiri, Datuk Seri Ghazali, Datuk Badrul Hisham, Datuk Syed Sobri, Datuk Abdul Latif Mat Saman dan Kama Noriah.

“Apabila beliau membuat tuduhan seperti itu, sebenarnya kepada siapa yang dimaksudkan? Tuduhan umum seperti ini tidak wajar kerana seolah-olah menuduh semua pihak.

“Tambahan pula kita sedang berada dalam bulan puasa, tidak perlulah melemparkan tuduhan dan kata-kata yang boleh menyinggung orang lain,” katanya.

Mahdzir juga menyifatkan kenyataan Sanusi yang mendakwa UMNO akan mencari orang Melayu ketika terdesak tetapi mendekati DAP ketika berada dalam keadaan selesa sebagai tidak berasas.

Sebaliknya, beliau mengingatkan bahawa PAS sendiri pernah menjalin kerjasama dengan DAP sebelum ini.

“Sanusi jangan lupa bahawa PAS juga pernah bekerjasama erat dengan DAP suatu ketika dahulu dalam usaha mendapatkan sokongan politik.

“Malah ketika Barisan Alternatif dahulu, ada pihak yang begitu bersungguh-sungguh cuba mengangkat pemimpin DAP seolah-olah seperti tokoh besar Islam,” katanya.

Menurut Mahdzir, UMNO tidak pernah menjalinkan kerjasama politik dengan DAP, sebaliknya penyertaan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan adalah atas prinsip menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan kestabilan politik dan kepimpinan negara.