Gajah mati kaki tersepit celah dahan pokok cempedak

Gajah mati kaki tersepit celah dahan pokok cempedak
Gajah mati tersepit di pokok cempedak

Seekor dewasa dijumpai ## apabila kaki kanannya ## di celah dahan pokok cempedak selepas cuba memanjat untuk menikmati buah berkenaan di Felcra Dusun Panti, Kota Tinggi.

Gajah malang yang ‘kempunan’ itu ditemukan seorang pekerja dusun tersebut, Bajuri Taib yang turut terkejut kerana pada mulanya menyangka gajah itu berbaring di pangkal pokok cempedak berkenaan.

Mohd. Nasir memberitahu, kejadian tersebut telah dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri dan bangkai gajah itu telah ditanam di kebun berkenaan.

“Biasanya kumpulan gajah liar bergerak antara tujuh hingga sembilan ekor mencari makanan di kawasan hutan berhampiran dusun durian dan cempedak di sini,” katanya sambil memberitahu kira-kira lima tahun lalu pernah berlaku gajah mati kerana terminum racun di kawasan kebun sayur berhampiran.