Kelantan mulakan lebuh raya Machang Kuala Krai

Kelantan mulakan lebuh raya Machang Kuala Krai

Kerajaan Kelantan hari ini memulakan projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat sepanjang 30.5 kilometer dari Bukit Tiu, Machang ke Dusun Damar, Kuala Krai.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata projek itu yang kosnya sebanyak RM854 juta dijangka siap pada Disember 2017.

“Projek lebuh raya ini telah dirasmikan oleh Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Mei 2012 dan kerajaan negeri komited untuk meneruskan projek ini bagi memberi keselesaan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian masuk tapak Projek Lebuh Raya Rakyat di sini, hari ini. – BERNAMA