artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Wanita Rohingya paling menderita | Madani News

Wanita Rohingya paling menderita

Wanita Rohingya paling menderita

Beribu-ribu wanita etnik Islam Rohingya mengalami kesukaran hidup setiap hari ekoran penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar dalam pelbagai aspek termasuk peras ugut, rampasan tanah, paksaan meninggalkan kediaman serta sekatan perkahwinan.

Menurut penyandang Menteri Kesihatan Myanmar, Dr. Than Aung yang dipetik laman berita, burmatimes.net Sabtu lalu, wanita Rohingya turut menjadi mangsa rogol dan liwat yang dilakukan oleh anggota keselamatan serta dieksploitasi tanpa diberi perlindungan dan hak kemanusiaan yang meletakkan diri mereka dalam keadaan malu seumur hidup.

Golongan wanita dan kanak-kanak juga turut dihalang daripada mendapatkan bantuan kemanusiaan dan tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman yang terletak berhampiran sempadan negara Bangladesh.

“Selain itu, kebanyakan daripada wanita berkenaan percaya mereka tidak sepatutnya terlibat dalam pembangunan komuniti dari segi politik, ekonomi dan kebersihan.

Mereka percaya, hal itu adalah tanggungjawab golongan lelaki dan tidak memberi perhatian serius dalam perkara tersebut yang disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan,” katanya.

Than Aung menjelaskan, masalah kekurangan ilmu pengetahuan menjadikan komuniti wanita terlalu bergantung kepada lelaki dalam kehidupan seharian.

“Apabila suami mereka ditangkap atau dibunuh, seluruh keluarga menghadapi kesukaran kerana isteri tidak tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan tanpa suami.

“Paling teruk apabila isteri tidak tahu apa yang terjadi kepada suami disebabkan pengetahuan yang kurang. Ini turut menjadikan kanak-kanak Rohingya mengemis atau bekerja sebagai pembantu rumah bagi membantu ibu mereka,” katanya.

Kira-kira 75 peratus masyarakat Rohingya di Rakhine terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak memandangkan golongan lelaki terpaksa meninggalkan kediaman untuk menyelamatkan diri daripada ditangkap. – Agensi