Wanita nyaris maut leher dijerut dengan tudung

Wanita nyaris maut leher dijerut dengan tudung
Gambar hiasan

Seorang wanita nyaris maut apabila leher dan tangannya dijerut menggunakan sehelai tudung selain diacu dengan sebilah pisau di leher oleh sekumpulan tiga lelaki di kediamannya di Taman Sri Emas, Bayan Lepas di Pulau Pinang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa berusia 45 tahun dikatakan sedang tidur lalu telah dikejutkan dengan kehadiran suspek yang berpakaian gelap, bertopeng dan bersarung tangan.

Difahamkan, suspek warga Indonesia memasuki ke rumah berkenaan melalui pintu hadapan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai fah Hin ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu kes akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – KOSMO!