Abaikan maklumat palsu kejadian tsunami di utara semenanjung

Abaikan maklumat palsu kejadian tsunami di utara semenanjung

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) meminta orang awam mengabaikan sebarang maklumat palsu yang tersebar di media sosial berkaitan kejadian tsunami yang dilaporkan bakal melanda kawasan pantai sekitar utara semenanjung.

JMM melalui laman rasmi Facebooknya berkata, pihaknya sedang menjalankan latihan komunikasi Exercise Indian Ocean Wave (IOWAVE) 2014 pada hari ini dan esok.

IOWAVE membabitkan kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan info palsu mengatakan tsunami betul terjadi.